Tuesday 2 August 2011

Cerita Budakkk Carelesss...

Nak dengar gossip di bulan Ramadan??

Astaghfirullahalazim, ape cerita ni? Gosip pasal ape?? HAHA..

Alkisah seorag budak yang berumur 18 tahun, yang begitu teringin tinggal jauh dari keluarganya. Hinggalah pada satu saat, dia ini mendapat tawaran masuk ke sebuah universiti swasta. Ibarat pucuk dicita ulam mendatang, jarak yang begitu jauh antara kampungnya dengan universiti tersebut menyebabkan dia berasa terlalu bagus sekiranya dapat melanjutkan pelajaran tersebut. Dia teringin sekali membuktikan bahawa, dia bukanlah lagi budak careless dan sangat dependent dengan orang lain, seperti yang dikatakan oleh orang2 di sekelilingnya.

Hinggalah pada suatu saat, dia yang ingin membuktikan bahawa dia tidak careless, telah kehilangan barang yang baru sahaja dibelinya. Iaitu pendrive yang terlalu disayanginya. Oleh sebab dia bukan dari keturunan bangsawan, pendrive yang sangat 'murah' itu sangatlah dijaga, dibelai dan digosok. <-- hiperbola .  Apabila hilang, mulalah mencarinya ke sana ke mari dan tidak jua berjumpa. Hingga satu saat, dia langsung berputus asa, untuk mencari barangnya lagi. Dan terlupaaa...

Kealpaannya dengan tidak menjadikan perkara tersebut suatu pengajaran menyebabkan hal ini berlarutan. Pada suatu pagi yang indah, dengan burung menyanyikan lagu riang gembira <----hiperbola2  dia mengajak kawannya keluar bersiar2, pada masa itulah pula, baru dia tersedar. Kenapa???

....................................
....................................
....................................
....................................
....................................




Kad ATM yang dimilikinya pula hilang.. Sesampainya di kediamannya, dia menyelongkar kesemua almari. Pada waktu itu, dia bermuram durja, menangis2 sambil meneruskan operasi pencarian. Tetapi mungkin ini dikatakan nasibnya, tiada berjumpa kad tersebut.. 


Apa pengajaran yang boleh dipelajari:

1. Jagalah barang anda baik2

2. Percaya dengan Qada dan Qadar

3. Setiap berlaku di bumi ini, ada sebabnya.

4. Jangan bersikap bodoh sombong.

5. Jangan babitkan diri anda dalam masalah seperti ini.