Monday 18 April 2011

bikin bingit telinga.

Assalamualaikum.
bingit la telinga. sakit tahu??

  Gerekkkggeggeereeekkkkgeeerekkkk.gererreeeeeeeekkk..Macam tu la bunyi yang fqah dengar sejak beberapa hari ni.. Geram betul. Baru saja bukak mata dah dengar bunyi bingit ni. Bikin panas la..*bunyi yang datang dari beberapa buah dari rumah fqah. Orang tu baru je beli rumah tu. Sakit betul. Nak cakap kat dalam rumah pun susah. Ish ish ish. Dah sudahla tak mau cerita pasal tu lagi, buat sakit hati aje. 

dengah susah payahnya  joging




yang diorang plak sedap tido.



Pagi ni, lepas solat subuh, disebabkan cuti *hari ni perak cuti yeah dan tido yang teragak lewat semalam, fqah pun melabuhkan badan ke katil kembali. Belum sempat nak bermimpi dan mengigau, ayah dah panggil, "kak ngah, bangun. jom kite p joging jom. asyik tdo je.". dalam hati fqah cakap, malasnya nak bangun, lantas terus mengubah posisi tidur secara meniarap pula. *tanda takmau ikut. Tapi protes takmau ikut guna cara itu nampaknya , maaf tak dilayan. "cepatla kngah nanti, nak g kem tm tu mesti dia uji stamina jugak" sambung ayah lagi. tanpa menjawab, fqah pun terus bangun*dah tau dah buat camne pun tetap kena ikut. Yang geramnya, tengoktengok budakbudak yang lain*kaklong,abang,kakchik,adik semuanya tak ikut pulak. Haish. Nampaknya ibu, ayah n fqah aje la yang p. Mereka yang lain masih lena dibuai mimpi. Tapi bila fikir balik, ok jugak dapat p. Dah lame un tak joging ni. Balek dari joging, macam biasa la, sarapan *same je macam tak joging kat sg wangi. Yuhuuu. Dalam hati, yeah!yeah! padan muke, diorang tak ikut. Dapat dating ngan ayah n ibu. Haha. *nmpk sangat jahatnye.hihi.Tapi tapau la untuk budakbudak yang ada di rumah. 
makin bertambah la kalori. :)

  Oklah, itu saje nak cerita. Badan dah busuk, nak mandi la. Hehe. 

 p/s: hari ni kaklong dengan abang akan pulang ke sangkar*uitm dan smv semula. thanks kaklong tinggalkan bb d rumah. 

Saturday 16 April 2011

Testing 1.2.3...

Assalamualaikum.


  Pagi yang sangat mengantuk hari ini. Tido semalam tak ada lah lewat mana pun. Tapi hari ni letihnya semacam aje. Malam tadi rasa sangat excited nak tengok tv. Tapi bila dah seronok tengok Majalah 3, cerita pasal durian batu kurau yang sedap, videografi dan lainlain tibatiba terganggu aje, sikitsikit ada berita pasal Pilihan Raya Sarawak, baru aje nak tengok semula, berita balik, geram betol. Ish ish ish.. Pukul 10.30 baru Majalah 3 habis. Lepas tu cerekarama la pulak, lagi syok la melangut tengok tv. Hehe. Drama Wan Tempe ke London. Keseluruhan cerita ni *macam pengkritik drama pulak bolehla ditonton seisi keluarga, yang agak pelik pasal cerita ni adalah pelakon dia, kebanyakan semuanya orang Perak, jadi bila nak cakap Jawa tu tak berape nak jadilah. Tambah pulak Wahid Senario, tak jadi langsung. Lawak plak dengar Wahid cakap Jawa. Huhu. Tetapi fqah tetap cakap cerita ni best sebab adanya orang Perak. *semangat kenegerian la pulak.


  Hari ni pulak, fqah ada test komputer, ntah la tak rasa macam nak buat test un. Lambat an fqah test? hehe. Asyik bz je memanjang nak buat cane. Ingatkan minggu lepas nak settle kan dah, tapi tak jadi sebab ada interview JPA kan hari jumaat. Jadi dok buat preparation untuk interview sepanjang minggu lepas. Minggu ni pulak ada Kem Pemilihan Biasiswa Yayasan TM, tak dapat la dengar ceramah 6 jam. Jadi terpaksa ditangguhkan minggu seterusnya. Terlupa pulak nak cite pasal result, fqah dapat 49/50. Alhamdulillah. :) Bahagia. Hehe. Same aje macam markah angah, lebih satu dari markah kak long. Nak tau tak fqah jawab dalam jangka masa berapa? 1 minit dan 45 saat. Terror tak? Haha. Berbangga plak. Kat kertas memang tulis macam tu. Tapi rasanya kertas tu dah silap. Lama jugak kot duduk dalam tu. Tak mungkin sesingkat itu.


  Ni pulak ada konflik, sape la pulak nak hantar fqah hari jumaat ni ke Taiping. Jumaat baru ni dah cuti. Takkanlah ayah nak cuti lagi. Risau la pulak. Tapi walau bagaimana cara pun fqah dah berjanji dan InsyaAllah, fqah akan datang jugak ke kem tu. :)

Friday 15 April 2011

interview.interview.interview.

Assalamualaikum..
  Wow! Baru nak update blog. Reason? Ada topik menarik la untuk dikongsi. Hehe. Hari ini adalah hari yang penuh dengan debaran dalam hidup fqah. Sebelum ni fqah tak pernah di interview atau dapat can nak interview orang. Kecuali ada ala2 interview waktu ujian oral english kt sekolah wk2 form 4. Sudahla tak pandai english education ni. Ingat lagi waktu tu dapat 14/30, sampai nak terkeluar biji mata menangis sebab dapat sebegitu. Tapi sebab ketidakpuasan hati, fqah mintak nak repeat. Alhamdulillah, tambah 6 markah. Itu pun dah cukup bagus. :)

  Malam tadi bersama ayah,ikram, nenek n opah bertolak kami ke IPOH. Fqah pun tak dapat nak cakap camne rasanya, kadangkala macam tak rasa apa2 pun ada. Tak banyak un persediaan yang dibuat tapi insyaALLAH. cukuplah. Waktu dah sampai ipoh, ibu suruh telefon. Ibu cakap, ibu dah baca yassin dan solat hajat untuk kak ngah, esok pagi sebelum pergi minum air zamzam, selawat banyak-banyak supaya hilang rasa berdebardebar dan mengetarngetar tu. Hehe. ibu tak dapat pergi sebab  muhaimin dan dibah sekolah. ayah plak amek cuti. 

  Tibalah harinya, pagipagi lagi, ayah dah gerak bangun, dalam pukul 5 pagi begitulah, ayah suruh buat tahajud dan hajat supaya Allah permudahkan urusan. Dalam pukul 8.15 pagi begitu, fqah dah sampai kat VELODROM RAKYAT, tmpt interview JPA itu lah. Awal jugakla, fqah sampai sebab, interview fqah sebenarnya start pukul 9.40 pagi. Memang saja datang awal, nak tengok suasana. Waktu nak mendaftar, nampak miza, classmate yang interview pada hari yang sama. Sembang dengan miza sekejap, lepas tu dia pulak dah masuk ke bilik interview. Tak sempat berbual lama.

  Agak lama lepas tu giliran fqah, dan 4 orang yang lain pulak. Dalam group fqah, ada sorang lelaki india, tiga perempuan cina n fqah la. Masuk aje ke bilik tu, dup dap dup dap. Tapi untuk memaniskan muka, fqah senyum aje la. Antara soalan yang ditanya...


1.introduce yourself
2.keruntuhan institusi kekeluargaan.bincangkan
3.what u see yourself in 2020.
4.isu plastic bag
5.alam sekitar
6.setelah bekerja, apa yang bakal disumbangkan kepada negara
7.adalah analytical thinking sikit.
8.habes sume tu, kita pula dibenarkan bertanya

  Overall, semuanya alhamdulillah,ok. Fqah pun rasa lega sangat2. Walaupun ada satu soalan yang memang ditujukan pada fqah, tak dapat jawab. Bagi sesiapa yang nak ambil perakaunan, korang perlu tahu antara firma perakaunan terkenal di dunia yeah. Soalan ni la yang fqah kantoi. Tapi dalam hati fqah, amat berharap JPA akan sponsor fqah. Amin..

  Dan dua lagi interview bakal menemui fqah, Kem Pemilihan Pelajar Yayasan TM kat Taiping dan juga maktab kat IPOH.. Fqah juga berharap dapat buat yang terbaik dan jadikan kesilapan sebagai pengajaran.
  

Sunday 10 April 2011

terima kasih ayah :)

Assalamualaikum..


  Mengambil masa yang sudah pastinya agak lama untuk mengambil mood nak post blog. Selalu aje ada kat blog, tapi bila dah tak ada mood, jangan haraplah. Story terbaru? Pasal biasiswa. Pada mulanya fqah agak kecewa bila tak dapat tersenarai pendek untuk permohonan biasiswa TNB. Tapi nak buat bagaimana kan, mungkin ada rezeki yang lebih baik dari itu. Sabo je la. Tapi agak berdebar lagi, untuk menunggu pula result untuk ke temuduga JPA. Yang memang harap sangat , fqah dapat. Dan alhamdulillah, fqah tengok kat internet pada jumaat lepas, fqah berjaya. Tapi itupun masih belum pasti pula untuk lepas dari temuduga JPA ni. Yang paling fqah takut, kna cakap bi pulak. Fqah sendiri jarang untuk praktikkan bi dalam khidupan harian, jadi macam satu cabaran jugak la. Risau betul ngan JPA ni. Itulah pula manusia kan, dah dapat, tertakut takut pulak. Susah la camni. Tapi fqah rasa, apa yang penting, kena bercakap. Grammar berterabur pun takpe. Tunjukkan confident. Hari jumaat, 15 April ni lah temuduga. Kena berdoa lebih kuat nampaknya selepas ini. Hanya ALLAH je yang boleh tolong fqah hadapi semua ini.

  Story hari ni pulak, fqah baru mula dengar ceramah untuk lesen memandu.*credit to farisya , beritau ejen sya.hehe. Alarh yang 5 jam tu. Jam yang pertama, punya la mengantuk tahap gaban, sampai rasa sakit perut sebab tahan mengantuk dan rasa nak termuntah *mungkin juga disebabkan tak mengambil sarapan yang cukup. Sampai lah satu saat yang dah memang tak boleh tahan, keluar jugaklah dari kelas tu buat sementara waktu. Lantaklah, apa orang nak kata. Basuh muka, tenangkan diri dan berjalan semula ke dalam bilik itu.*tandas sangat pergghh. Barulah rasa segar sikit. Dan terfikir, banyak jugak orang ni buat lawak eyh... Teruk betul, baru first time dah buat hal. 


  Pasal ayah pulak, nak ucap terimakasih yang sangat sangat untuk blackberry yang cun tu. Suka sangat sangat. Fqah rasa sangat bahagia bila dapat buat orang yang tersayang seronok. Walaupun bukan straight A's, ada hikmahnya semua ini. Entah entah kalau dapat A bersusun , ada riak pulak. Lagi berdosa. Lagi satu mungkin memang salah fqah yang banyak enjoy selepas SPM. Tapi bagi fqah, apa yang sudah tu sudahla, fqah dah terima semuanya. 

   Ini pula sekadar berkongsi pendapat fqah aje la kan, perlu sangat ke bercouple couple tu? Macam merosakkan diri sendiri aje dan pelajaran sekali. Ayah dan ibu pun selalu pesan, kalau nak dapat pasangan yang baik, mestilah jadi baik.

*pic ni semua bukan hak saya.

Sunday 3 April 2011

kesah aku, lipas , dan majalah ujang

Assalamualaikum..

majalah ujang
lipas



Alkisahnya bermula malam tadi, apabila saya naik ke atas dah nk tid0 pun. Dengan perasaan mengantuk yang terlebih sudah, disebabkan kerajinan yang teramat sangat pada siang harinya. Menvakum kereta ayah maklumlah ayah nak balik hari ni, kalau nmpk tk jaga kete, kna la kmi smua.,tolong ibu masak2, sidai kain dan petang tu plak berjalan2 meronda bersama ibu, kL, kC, opah n adek di sekitar pekan manjung.

  Dari bawah kedengaran suara ibu: kak ngah..!!! nk tido tu , spray nyamuk dulu.. tanpa byk bicara, saya pun mengambil shieldtox attack dan sembur sekuat hati di keseluruhan bilik.. hmm.. dan muncullah binatang yg paling saya geli..euwwwwww. lipas kaw..dan apa lagi sembur pulak sekuat hati pada lipas tu.. merata-rata la lipas tu berlari2. mungkin tak tahan dengan bau yang menusuk hidung ke tekak. dan tak sempat mencapai apa2 bnda untuk dijadikan penumbuk kpada lipas tu supaya cepat mati, saya terjumpa majalah ujang kepunyaan adek. maaf dek, keselamatan kak ngah lebih penting dari majalah ujang. dan apa lagi dengan lipas yang berlari sambil saya pulak mengejar sampai terjerit2 la.malu kat jiran2, dh pkul 12 kowt wk2 tu. dan akhirnya, mati kau lipas...tergedik2 la lipas tu kena pukul dengan majalah ujang. 


hooraaayyyy!!! berjaya jugak MEMBUNUH seekor lipas... mwahaha..

macam phsyco sangat je nak bunuh sekor lipas. haha.. yang penting lipas mati, saya hidup. berguna jugaklah majalah ujang, selain dibaca, boleh jugak jadi pembunuh lipas.. keh3.. itu je untuk dikongsi. 

Friday 1 April 2011

Permulaan yang baik untuk hari yang indah

Assalamualaikum...


   Wuhuuu....Lame giler tk post dlm blog neh.. Huhu.. Almaklumlah semenjak ayah p Umrah nie, cik bb dh tiada bsama saya, dan terpaksalah menyepikan diri tanpa khabar atau berita. nk post blog kt umah cik cc plak, segan, hari2 ramai orang. lagipun kena cas an, jadi masa itu emas. hanya perkara penting je la yg buat kat c2.. dah cakap banyak, citenye tak mula2 lagi.. hmmm...
cik bb yang sudah nyampah pd org yg memanaskan dy hari2.
cik cc yg tak kesah betapa panasnye dy, asal masyukk.

 Ingat tak post yg sblum ni? psl spm kn.. result yg begitu lame tk keluar2 sampai tak ade keje nak buat.. hehe..tp untuk permulaannye, tak sanggup nak cite pasal tu. cite la dahulu, detik2 cemas yang saya hadapi pada pagi result yang bakal keluar.. hehe.. lwk pun ade.. dsebabkan ayah p umrah, jadi amek result un ngn ibu aje la.. wk2 nk siap2 msuk kete dh, ibu tgk muke saya.. ibu kte: kak ngah, knape dgn muke kmu? berselopong dengan bedak.  dan disebabkan hal itulah, saya pun terpaksa masuk kembali dalam rumah (maklumlah, tangan dah mengetar nak amek result) hihi..dalam kete un, ibu dah ckp lg sekali, camne pun result kamu, terima dengan hati yang terbuka.. saya diam aje. tp alhamdulillah, hr sebelum tu dah doa, apa pun yang dapat, minta supaya ALLAH, redhakan hati saya.. 

  Dh nmpak cikgu , makin la gelabah.. jalan pun rasenye macam tak betul.. hehe.. sampai je kt tempat nak amek result, tunggu ajela.. tapi sebelum dapat result tu di tangan dah tau sbnarnye. (kt atas mja ckgu, ada senarai nama pelajar kelas  yang dapat result). saya dapat 9A.. alhamdulillah. syukur sangat2.. hoho..(sbnrnye ada 1B+) but still 9A. inilah keseronokannya amek 10 subjek.. huhu.. jadi saya syorkan pada anda2 semua, amekla 10 subjek. ngee~ apa yang lebih buat saya rasa syukur lagi, tak pernah sangka biology yang saya rase mcm susa, tak bole nk jadi senang(slalu dapat D, E n G. cme wk2 trial mrasa C, itupun cukup makan). merasa jgak A-. hehe. 

  Dsebabkan krinduan yang tebal tahap buku 500 pages kt skola, saya un stay la kt skola, sampai pkul 12.30. bukan senang nak ronda skola.. tmbh2 mse study kt situ. nmpak je cikgu, dah rase serba salah nak meronda(baik sangat la konon) kalau nak ponteng, cubala ponteng secara baik sikit. tak dtg skola trus ke, teman kwn g klinik kesihatan ke.. bkankah itu ponteng tahap atasan sikit. ini tak, teruk2 datang skola, nk panjat plak pagar tu(mcm makcik kuat bebel plak).

  Berbalik pada topik tadi, balek aje uma, ibu cite la, ramai jgk la yang ucap tahniah pada saya.. terima kasih sangat2, tak boleh mention semua, sebab semuanya ada jasanya masing2. tk perlu nk mention d blog. sbb klaw ad yg ttinggal, pasti ada yang terasa. tapi, yang paling tak tahan, encik muhaimin( adek kecik berusia 9 tahun) trus cek dwet yang ada dlm tabung, bila ibu mention, saya dpt 9A.bkn nk tmpg seronok, risau lagi ada.

isi2 perjanjian bersama encik muhaimin:
aiskrim menurut muhaimin bakal dimiliki kakaknye sehingga mengorek tabung

1. 9A atau 10A adek belanja k ngah , wall's selection atau wall's selection gold
walaupun sedap, tapi muhaimin tahu kakaknye menuntut yg d ats

2.8A bermakna hanya cornetto biasa cam dlm tv
memang satu penurunan yang amat drastik apabila 7A atau kurang darinya. hanya diberikan ini.

3. kurang dari itu bermakna hanya aiskrim berharga 20sen dari pakcik van skola dia.
4. adek nak rasa jgak, kalau belanja di no 1 dan no 2.

dan sekarang saya masih dalam proses tuntutan perjanjian. cepat la bagi dek.. kak ngah tuntut janji..HAHA..syok btul ngn bdk kecik neh.