Saturday 16 April 2011

Testing 1.2.3...

Assalamualaikum.


  Pagi yang sangat mengantuk hari ini. Tido semalam tak ada lah lewat mana pun. Tapi hari ni letihnya semacam aje. Malam tadi rasa sangat excited nak tengok tv. Tapi bila dah seronok tengok Majalah 3, cerita pasal durian batu kurau yang sedap, videografi dan lainlain tibatiba terganggu aje, sikitsikit ada berita pasal Pilihan Raya Sarawak, baru aje nak tengok semula, berita balik, geram betol. Ish ish ish.. Pukul 10.30 baru Majalah 3 habis. Lepas tu cerekarama la pulak, lagi syok la melangut tengok tv. Hehe. Drama Wan Tempe ke London. Keseluruhan cerita ni *macam pengkritik drama pulak bolehla ditonton seisi keluarga, yang agak pelik pasal cerita ni adalah pelakon dia, kebanyakan semuanya orang Perak, jadi bila nak cakap Jawa tu tak berape nak jadilah. Tambah pulak Wahid Senario, tak jadi langsung. Lawak plak dengar Wahid cakap Jawa. Huhu. Tetapi fqah tetap cakap cerita ni best sebab adanya orang Perak. *semangat kenegerian la pulak.


  Hari ni pulak, fqah ada test komputer, ntah la tak rasa macam nak buat test un. Lambat an fqah test? hehe. Asyik bz je memanjang nak buat cane. Ingatkan minggu lepas nak settle kan dah, tapi tak jadi sebab ada interview JPA kan hari jumaat. Jadi dok buat preparation untuk interview sepanjang minggu lepas. Minggu ni pulak ada Kem Pemilihan Biasiswa Yayasan TM, tak dapat la dengar ceramah 6 jam. Jadi terpaksa ditangguhkan minggu seterusnya. Terlupa pulak nak cite pasal result, fqah dapat 49/50. Alhamdulillah. :) Bahagia. Hehe. Same aje macam markah angah, lebih satu dari markah kak long. Nak tau tak fqah jawab dalam jangka masa berapa? 1 minit dan 45 saat. Terror tak? Haha. Berbangga plak. Kat kertas memang tulis macam tu. Tapi rasanya kertas tu dah silap. Lama jugak kot duduk dalam tu. Tak mungkin sesingkat itu.


  Ni pulak ada konflik, sape la pulak nak hantar fqah hari jumaat ni ke Taiping. Jumaat baru ni dah cuti. Takkanlah ayah nak cuti lagi. Risau la pulak. Tapi walau bagaimana cara pun fqah dah berjanji dan InsyaAllah, fqah akan datang jugak ke kem tu. :)