Friday, 15 April 2011

interview.interview.interview.

Assalamualaikum..
  Wow! Baru nak update blog. Reason? Ada topik menarik la untuk dikongsi. Hehe. Hari ini adalah hari yang penuh dengan debaran dalam hidup fqah. Sebelum ni fqah tak pernah di interview atau dapat can nak interview orang. Kecuali ada ala2 interview waktu ujian oral english kt sekolah wk2 form 4. Sudahla tak pandai english education ni. Ingat lagi waktu tu dapat 14/30, sampai nak terkeluar biji mata menangis sebab dapat sebegitu. Tapi sebab ketidakpuasan hati, fqah mintak nak repeat. Alhamdulillah, tambah 6 markah. Itu pun dah cukup bagus. :)

  Malam tadi bersama ayah,ikram, nenek n opah bertolak kami ke IPOH. Fqah pun tak dapat nak cakap camne rasanya, kadangkala macam tak rasa apa2 pun ada. Tak banyak un persediaan yang dibuat tapi insyaALLAH. cukuplah. Waktu dah sampai ipoh, ibu suruh telefon. Ibu cakap, ibu dah baca yassin dan solat hajat untuk kak ngah, esok pagi sebelum pergi minum air zamzam, selawat banyak-banyak supaya hilang rasa berdebardebar dan mengetarngetar tu. Hehe. ibu tak dapat pergi sebab  muhaimin dan dibah sekolah. ayah plak amek cuti. 

  Tibalah harinya, pagipagi lagi, ayah dah gerak bangun, dalam pukul 5 pagi begitulah, ayah suruh buat tahajud dan hajat supaya Allah permudahkan urusan. Dalam pukul 8.15 pagi begitu, fqah dah sampai kat VELODROM RAKYAT, tmpt interview JPA itu lah. Awal jugakla, fqah sampai sebab, interview fqah sebenarnya start pukul 9.40 pagi. Memang saja datang awal, nak tengok suasana. Waktu nak mendaftar, nampak miza, classmate yang interview pada hari yang sama. Sembang dengan miza sekejap, lepas tu dia pulak dah masuk ke bilik interview. Tak sempat berbual lama.

  Agak lama lepas tu giliran fqah, dan 4 orang yang lain pulak. Dalam group fqah, ada sorang lelaki india, tiga perempuan cina n fqah la. Masuk aje ke bilik tu, dup dap dup dap. Tapi untuk memaniskan muka, fqah senyum aje la. Antara soalan yang ditanya...


1.introduce yourself
2.keruntuhan institusi kekeluargaan.bincangkan
3.what u see yourself in 2020.
4.isu plastic bag
5.alam sekitar
6.setelah bekerja, apa yang bakal disumbangkan kepada negara
7.adalah analytical thinking sikit.
8.habes sume tu, kita pula dibenarkan bertanya

  Overall, semuanya alhamdulillah,ok. Fqah pun rasa lega sangat2. Walaupun ada satu soalan yang memang ditujukan pada fqah, tak dapat jawab. Bagi sesiapa yang nak ambil perakaunan, korang perlu tahu antara firma perakaunan terkenal di dunia yeah. Soalan ni la yang fqah kantoi. Tapi dalam hati fqah, amat berharap JPA akan sponsor fqah. Amin..

  Dan dua lagi interview bakal menemui fqah, Kem Pemilihan Pelajar Yayasan TM kat Taiping dan juga maktab kat IPOH.. Fqah juga berharap dapat buat yang terbaik dan jadikan kesilapan sebagai pengajaran.