Sunday 10 April 2011

terima kasih ayah :)

Assalamualaikum..


  Mengambil masa yang sudah pastinya agak lama untuk mengambil mood nak post blog. Selalu aje ada kat blog, tapi bila dah tak ada mood, jangan haraplah. Story terbaru? Pasal biasiswa. Pada mulanya fqah agak kecewa bila tak dapat tersenarai pendek untuk permohonan biasiswa TNB. Tapi nak buat bagaimana kan, mungkin ada rezeki yang lebih baik dari itu. Sabo je la. Tapi agak berdebar lagi, untuk menunggu pula result untuk ke temuduga JPA. Yang memang harap sangat , fqah dapat. Dan alhamdulillah, fqah tengok kat internet pada jumaat lepas, fqah berjaya. Tapi itupun masih belum pasti pula untuk lepas dari temuduga JPA ni. Yang paling fqah takut, kna cakap bi pulak. Fqah sendiri jarang untuk praktikkan bi dalam khidupan harian, jadi macam satu cabaran jugak la. Risau betul ngan JPA ni. Itulah pula manusia kan, dah dapat, tertakut takut pulak. Susah la camni. Tapi fqah rasa, apa yang penting, kena bercakap. Grammar berterabur pun takpe. Tunjukkan confident. Hari jumaat, 15 April ni lah temuduga. Kena berdoa lebih kuat nampaknya selepas ini. Hanya ALLAH je yang boleh tolong fqah hadapi semua ini.

  Story hari ni pulak, fqah baru mula dengar ceramah untuk lesen memandu.*credit to farisya , beritau ejen sya.hehe. Alarh yang 5 jam tu. Jam yang pertama, punya la mengantuk tahap gaban, sampai rasa sakit perut sebab tahan mengantuk dan rasa nak termuntah *mungkin juga disebabkan tak mengambil sarapan yang cukup. Sampai lah satu saat yang dah memang tak boleh tahan, keluar jugaklah dari kelas tu buat sementara waktu. Lantaklah, apa orang nak kata. Basuh muka, tenangkan diri dan berjalan semula ke dalam bilik itu.*tandas sangat pergghh. Barulah rasa segar sikit. Dan terfikir, banyak jugak orang ni buat lawak eyh... Teruk betul, baru first time dah buat hal. 


  Pasal ayah pulak, nak ucap terimakasih yang sangat sangat untuk blackberry yang cun tu. Suka sangat sangat. Fqah rasa sangat bahagia bila dapat buat orang yang tersayang seronok. Walaupun bukan straight A's, ada hikmahnya semua ini. Entah entah kalau dapat A bersusun , ada riak pulak. Lagi berdosa. Lagi satu mungkin memang salah fqah yang banyak enjoy selepas SPM. Tapi bagi fqah, apa yang sudah tu sudahla, fqah dah terima semuanya. 

   Ini pula sekadar berkongsi pendapat fqah aje la kan, perlu sangat ke bercouple couple tu? Macam merosakkan diri sendiri aje dan pelajaran sekali. Ayah dan ibu pun selalu pesan, kalau nak dapat pasangan yang baik, mestilah jadi baik.

*pic ni semua bukan hak saya.